Hidup
ini adalah berkaitan ilmu dan keyakinan. Kalau kita tahu mengenai sesuatu dan
yakin mengenainya, teruskan dengan ilmu dan keyakinan itu.
Mungkin
orang lain akan anggap apa yang dilakukan itu salah dan jika dalam soal agama
dikira tidak sah atau berdosa.
Jika
kita tahu dah yakin itu adalah betul berdasarkan apa yang kita belajar atau
mengetahui mengenainya, maka usah peduli mengenai kata orang lain.
Tidak
kiralah siapa kita. Kita perlu ada keyakinan dan pegetahuan mengenainya.
Pertahankan dan yakinlah bahawa itu adalah benar.
Namun,
pada masa sama kita jangan terlalu jumud atau minda tertutup sehingga tidak
lagi dapat menerima ajakan dan pendangan orang lain.
Kerana
dibimbangi bahawa apa yang selama ini kita kata betul itu sebenarnya tidak betul.
Orang yang selama ini kita kata salah sebenarnya itulah betul.
Jadi,
dalam kita mempertahankan pendapat, ilmu dan tindakan kita, berilah ruang untuk
kita muhasabah diri dan mempelajari sesuatu yang baru.
Buka
minda dan sikap agar kita tidak hanya terikat dengan pemikiran sendiri.
No comments:
Post a Comment