Ini Hussin UMNO atau nama sebenarnya Mohd Fuad Abu Bakar. Hussin setia pada parti
UMNO. Sebab itu di FB nama dia adalah Hussin UMNO. Dia bukan pemimpin UMNO. Hanya ahli biasa di satu cawangan dalam Parlimen Machang, Kelantan.
Kesetiaan Hussin UMNO pada UMNO tidak berubah
biarpun ada yang menawarkan janji indah untuk meninggalkan UMNO.
Dia mengenali semua pemimpin UMNO di peringkat Bahagian, DUN, PDM dan Cawangan di Machang sejak puluhan tahun lalu.
Hussin UMNO
akan hadir dalam program UMNO di mana sahaja, terutama yang melibatkan pemimpin
tertinggi UMNO, selagi termampu.
Kalau tidak ada orang boleh menumpangkan dia
ke program UMNO, dia akan menggunakan motosikal buruknya untuk ke sana.
Tidak kira hujan atau panas, siang mahupun
malam, Hussin UMNO akan bermotosikal untuk hadir ke program UMNO biarpun
beratus kilometer dari rumahnya.
Bukan sekali dua motosikalnya kehabisan minyak
di tengah jalan, mahupun mengalami kerosakan.
Kelibatnya dilihat di semua PRK dan PRN yang diadakan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Semoga Allah merahmati dan mempermudahkan
segala usaha Hussin UMNO demi agama bangsa. Amin.
Kemas kini:
Hussin UMNO telah meninggal dunia pada 11 Mei 2022, bersamaan dengan tarikh UMNO menyambut ulang tahun ke-76.
Berita kematiannya menjadi catatan di media sosial banyak pemimpin UMNO dan rakan, sebagai berkongsi berita sedih.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah, rahmatilah, maafkanlah, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment