Umur
kita seumpama ais. Diguna atau tidak, akan tetap mencair. Begitu juga dengan
umur kita, dimanafaatkan atau tidak, umur kita akan tetap berkurangan.
Kesihatan kita menjadi semakin tidak elok. Kekuatan semakin menurun.
Apa
yang harus selalu dilakukan adalah tersenyum dan berfikir positif. Terimalah
fitrah yang telah ditetapkan dalam aturan alam ditetapkan oleh Allah. Air yang
mengalir tidak dapat menentang arah, itulah hidup kita. Air hujan tidak pernah
naik ke langit. Jatuhnya tetap ke bumi.
Kita
tidak mungkin dapat berbalik menjadi muda lagi, kita akan menjadi tua sakit dan
mati. Namun, perlu disedari, kematian tidak mengenal usia. Ketika masih segar
dan cantik, ramai yang mati tanpa diduga. Malah, ada orang mati ketika
menikmati makanan.
Tidak
perlu bimbing untuk menghadapi aturan ini. Hanya perlu difikirkan adalah amal
untuk dibawa sebagai bekal kehidupan di akhirat. Jalanilah hidup ini dengan
sabar dan santai. Penuhi dan ikuti hukum alam. Bersedia atau tidak, itulah yang
dilalui setiap orang bernama manusia.
Hiduplah
dengan ceria. Lakukan apa yang diingini selagi perkara itu tidak bercanggah
dengan hukum agama. Jika perlu melakukan sesuatu, buatlah dengan penuh rasa
tanggungjawab.
Jangan
suka suka menyakiti sesama kita. Jangan suka mengeluh. Jauhkan sikap suka
mencela. Jangan suka berdusta dan khianati orang lain. Kalau perlukan sesuatu,
berusahalah mendapatkan secara yang hak. Jangan sekali mengambil secara mencuri
atau menipu.
Dosa
membuat fitnah amat besar. Jadi jangan jadikan fitnah sebagai amalan. Jika
selalu memfitnah orang lain, akan ada ketikanya kita difitnah pula.
Hiduplah
dengan ceria. Buang jauh jauh sifat ego. Berkawan dan berhubung dengan ramai
orang. Nikmati semua gurau tawa dengan berpada-pada. Hargai semua perbezaan dengan
nilai positif.
Mempercayai
kualiti sahabat sahabat kita. Jaga perasaan masing masing, tutupi aib mereka dan
jangan sekali kali berburuk sangka dalam fikiran kita terhadap mereka. Bantu
mereka kita memerlukan. Bersahabatlah dengan hati yang baik dan tulus.
Ketika
hati kita baik dan tulus, percayalah. Allah juga akan selalu bersama kita.
AMIN.
No comments:
Post a Comment