Prinsip konsep kerakyatan jus soli. Kita menyedari bahawa kaum Cina dan India
adalah orang dagang atau imigran. Kaedah kemasukan
mereka ke Tanah Melayu dibawa oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh.
Setelah menyedari peluang pekerjaan
yang banyak di Tanah Melayu, kemasukan secara besar-besaran telah
berlaku, Tanah Melayu
menjadi lubuk emas bagi imigran Cina dan India.
Kemasukan yang tidak terkawal ini menyebabkan jumlah pendatang meningkat
secara mendadak dan melebihi bilangan penduduk Melayu. Perkara ini menimbulkan keresahan
penduduk Melayu apabila Inggeris memberi kerakyatan secara mudah kepada
mana-mana kaum Cina dan India yang dilahirkan di Tanah Melayu.
Konsep kerakyatan yang diberikan itu berdasarkan prinsip Jus
Soli. Jus soli berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud hak
untuk kawasan. Perkataan
itu diguna pakai dalam bahasa Melaya sepertimana dijelaskan dalam Kamus Dewan
Edisi Ketiga bermaksud hak mendapat kerakyatan di sesebuah negara berdasarkan
kelahiran negara itu.
Di Tanah Melayu prinsip Jus Soli telah diperkenalkan pada tahun 1945 oleh
British dan dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union pada tahun 1946. Prinsip
kerakyatan secara Jus Soli lebih menguntungkan orang dagang atau imigran kerana
mereka dapat memperoleh kerakyatan dengan mudah di sesuatu tempat.
Menyedari prinsip Jus Soli mengancam kedudukan orang Melayu, Raja-Raja
Melayu dan orang Melayu menolak prinsip Jus Soli dalam pemberian kerakyatan
kepada kaum imigran. Bagaimanapun, orang Melayu tidak mampu menolak sepenuhnya
prinsip Jus Soli.
Pihak Inggeris tidak mahu memberi kemerdekaan jika soal kerakyatan kepada
kaum imigran tidak diselesaikan. Maka, di sinilah berlaku tolak tarik di antara
orang Melayu, Inggeris dan kaum imigran.
Kaum Melayu mengambil pendekatan wasattiyah dalam menangani persoalan
kerakyatan kaum imigran. Orang
Melayu menerima prinsip Jus Soli tetapi dengan beberapa syarat.
Melalui pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengetatkan
syarat kerakyatan Jus Soli. Antara syarat itu adalah;
- Penduduk bukan Melayu mesti tinggal di Persekutuan Tanah Melayu
tidak kurang daripada 10 tahun.
- Kedua-dua ibubapa mereka mestilah warganegara Persekutuan
Tanah Melayu.
- Mereka hendaklah mengaku taat setia terhadap Tanah Melayu
dan menganggap negara ini sebagai tempat tumpah darahnya; dan
- Bermula tahun 1958, mereka juga perlu fasih bertutur
dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
Satu lagi syarat utama dalam persetujuan prinsip Jus Soli seperti yang
terkandung dalam Pakatan Murni, kaum imigran yang bakal mendapat kerakyatan
perlu bersetuju dengan empat perkara penting.
Perkara itu ialah mengenai kedudukan istemewa orang Melayu (Perkara 153),
kedudukan Raja-Raja Melayu (Perkara 181), agama Islam sebagai agama persekutuan
(Perkara 3) dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 152).
Oleh itu setiap warganegara Malaysia harus menyedari bahawa perlembagaan
kita ini adalah hasil daripada sikap tolak ansur terutamanya bangsa Melayu.
Keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang perlu dikekalkan. Jangan
wujudkan persekitaran hubungan yang tegang dan mementingkan kelompok tertentu
saja.
Satu lagi kaedah mendapat kerakyatan ialah
mengikut jus sanguinis iaitu berdasarkan hak darah atau mengikut
keturunan.
perlu diadakan hari memperingati Jus Soli supaya generasi baru keturunan pendatang kenal sejarah dan asal usul penubuhan Malaya dan seterusnya Malaysia adalah hasil dari tolak ansur orang Melayu.
ReplyDeleteHAI
DeleteSetuju. Bukan niat berbangga dengan nasab keturunan, tapi peringatan untuk keharmonian hidup bersama bangsa. Kenal sejarah, kenal lah adat budayanya.
ReplyDelete