Thursday 31 August 2017

Nasib lelaki lemah tenaga batin, jangan pandang mudah

Kadar lelaki mengalami sindrom lemah tenaga batin semakin meningkat. Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.  

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau "impotens'"' dalam istilah perubatan.

Antara punca utama kepada masalah lemah tenaga batin ini adalah kencing manis, darah tinggi, sakit belakang dan kandungan kolestrol yang terlalu tinggi.

Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan.

Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.

Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi.

Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Untuk mengatasi masalah tenaga batin, kebanyakan lelaki mengambil langkah mudah dengan menggunakan ubat kuat. Iklan ubat kuat atau ubat tenaga batin paling banyak dikesan di media sosial. Fenomena itu bukti nyata betapa lelaki Malaysia berdepan dengan masalan tenaga batin. 

Pengambilan ubat kuat ada banyak resiko. Ada yang berdepan dengan masalah menyebabkan keadaan kesihatan semakin merosot. Bahkan ada yang menemui maut akibat pengambilan ubat kuat.

Justeru, pengambilan ubat kuat perlu terlebih dahulu dirujuk kepada pakar penyakit tuan. Malangnya, kebanyakan mengambil ubat kuat tanpa nasihat pakar. Malah ada yang membelinya dari penjual di tepi jalan.

Dikesan kebanyakan ubat kuat tanpa kawalan mengandungi kimia yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Kesan serta merta adalah antara tanda-tanda penggunaan kimia terlarang.

Pernahkan anda tertanya-tanya, "Perlu ke aku makan ubat kuat?" Jawapannya tidak perlu memakan ubat kuat. Umur masih muda, penyakit masih belum kronik lagi. Kenapa mahu risikokan diri untuk memakan ubat kuat?

Ya, kebahagiaan rumah tangga adalah sangat penting. Tetapi sanggupkah anda mengorbankan kesihatan anda kepada risiko yang tidak perlu diambil? Anda hanya perlu mencegah atau merawatnya dengan bijak.

Masalah utama setiap lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin, adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan juga keadaan persekitaran yang tidak membantu dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

Isu sebenar adalah pada diri kita sendiri. Jika kita diberi motivasi, sokongan, dan ilmu yang tepat, ia akan menjadi amat mudah untuk kita meneruskan sedikit demi sedikit perubahan dalam gaya hidup kita.

Yang penting, ia mesti dibuat secara berterusan dan konsisten. Lelaki sihat bukan saja hebat tenaga batin, tetapi juga dapat menikmati kehidupan dengan lebih sempurna, ceria dan bekualiti.

Amalkan gaya hidup sihat untuk mencegah penyakit berbahya dan sekaligus tidak berdepan masalah tenaga batin. 

No comments:

Post a Comment