Saturday 9 September 2017

Beza pendapat dari sudut humor

Kisah beza pendapat dari sudut humor atau kelakar. Biarpun kisah hanya rekaan, tetapi wajar dilihat bukan untuk kelakar semata-mata, tetapi carilah pengajaran dan hikmahnya.

Antara pengajaran daripada kisah itu ialah setiap orang mempunyai pandangan dan membuat penilaian berbeza terhadap sesuatu perkara berdasarkan kepada pengetahaun dan ilmu yang dimiliki.  

Maka itu, kita tidak boleh menafikan pendapat orang lain, kerana masing-masing melihat berdasarkan kepada ilmu bidang masing-masing. Sesungguhnya, perbezaan pendapat itu satu rahmat selagi mana ia diuruskan dengan baik.  

Begitu juga, perbezaan pendapat dan kemelut dalam kehidupan masyarakat adalah berpunca kepada tahap pemikiran dan analisa yang berbeza terhadap sesuatu perkara. 

Inilah yang kerap berlaku dalam politik sekarang. Masing-masing ada arah tuju dan matlamat masing-masing. Apa yang penting ialah keikhlasan. 

Kisahnya:
Ketika mesyuarat guru-guru sedang berlangsung dipengerusikan pengetua, tiba-tiba  terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. 
Lalu para guru masing-masing memberikan komen:
 
Guru Matematik: Hmmm.. sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi.
 
Guru Muzik: Wahh... bunyi nadanya terletak pada chord c major.
 
Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yang digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa. 
 
Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
 
Guru Agama: Ini salah satu penyebab batalnya wuduk. 
 
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata angin. 
 
Guru Kaunseling: Perilaku ini tidak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun. 
 
Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata-kata.
 
Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
 
Guru Sejarah: Salah satu penyebab berlakunya perang mulut.
 
Guru Kimia: Di dalamnya ada sedikit elektron dan gas hidrogen dapat dibebaskan
 
Guru English: This is wind of change.
 
Guru Sivik: Ini boleh dikatakan perilaku yang tidak bagus.
 
Guru Matematik Tambah: Tiada dalam bab function ataupun index baunya.
 
Guru Perdagangan: Ini boleh menyebabkan penawaran melebihi permintaan. 
 
Guru Ekonomi: Ekonomi akan merundum kalau perkara ini berterusan
 
Guru Jasmani: Satu exercise keluar angin yang menyihatkan badan. 
 
Guru Seni: Seni yang sukar untuk diungkapkan.  
 
Guru Pengajian Am:  Tidak ada dalam silibus subjek PA, tetapi umumnya boleh membantut matafikir untuk buat analisis data sebab ianya hanya menggunakan satu @ dua pancaindera saja.
 
Guru Silat: Tidak dapat ditangkis biarpun sehebat mana pasang kuda-kuda.

Guru Perakaunan: Aset yang perlu dilupuskan dengan harga skrap.

Guru Undang-undang: Ada fakta kes yang jelas dan banyak saksi, tetapi ia tidak dapat dibawa ke mahkamah.

Guru Masakan: Antara punca memakan makanan tidak betul-betul masak atau silap ramuan.

Guru Solekan: Ini tidak menjelaskan kecantikan solekan, tetapi boleh menyiksakan jurusolek.

Pengetua: Kenyataan semua guru diterima dan dicatatkan dalam minit mesyuarat dan diterima tanpa bahas. Mesyuarat ditangguhkan sehingga tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. 

No comments:

Post a Comment