Kurma ruthob sering disebut juga kurma
segar. Kurma ruthob dipasarkan dalam keadaan segar dan belum dikeringkan. Kurma
ruthob jarang ditemui di pasaran, kecuali pada bulan Ramadan yang mendapat permintaan
tinggi.
Keistimewaan kurma ruthob mempunyai
rasa yang segar. Memakan kurma ruthob seperti baru memetiknya dari ladang.
Memang beza jauh rasa keenakan menikmati kurma ruthob. Jadi, bagi penggemarnya
sanggup membayar harga lebih mahal berbanding kurma lain di pasaran.
Menikmati kurma ruthob di Malaysia
sama seperti merasinya di ladang kurma di tempat asalnya. Tidak perlu pergi ke
ladang untuk menikmati kurma ruthob, sebaliknya ada boleh mendapatkannya dari
pengedar kurma ruthob.
Kurma ruthob tidak tahan lama pada
sifat asalnya. Apabila disimpan lama, ia akan bertukar menjadi seperti
kebanyakan kurma yang ada di pasaran.
Kandungan kurma ruthob kaya dengan berbagai
jenis Vitamin (A, B, C dan K), zat besi dan kalsium.
No comments:
Post a Comment