Wednesday 17 October 2018

PERBEZAAN BUAH MATA KUCING, LONGAN

Buah mata kucing atau dipanggil buah kelengkeng di Indonesia adalah sejenis buah-buahan tempatan. Buah mata kucing menyerupai buah longan yang banyak diimpot dari China dan Thailand.

Sebenarnya, banyak orang keliru dan salah mengenai mana buah mata kucing dan mana buah longan. Kebanyakan orang menyangka buah longan adalah buah mata kucing. Buah mata kucing buah tempatan, manakala buah longan adalah buah import, walaupun kini mula ditanam di Malaysia.

Pokok mata kucing adalah dari jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan batang mampu mencapai ketinggian 20-30 meter. Batangnya berwarna coklat dan berkayu keras dan boleh dijadikan kayu balak apabila berumur lebih 50 tahun. 
 
Bunga mata kucing seperti juga pokok longan terbit di bahagian hujung dahan dengan jambak yang banyak berwarna kuning kecoklatan.

Buah mata kucing bersaiz kecil dengan warna kulit coklat dan kadang-kadang ada bintik-bintik kekuningan cerah. Jika dikupas kulitnya sebahagian akan kelihatan biji yang besar di dalamnya seperti 'mata kucing' dengan lapisan isi yang jernih dan manis. Saiz buah 1.5-2 cm ukurlilit dengan bentuk bulat atau sedikit bujur bergantung kepada spesis. Akar pokok adalah akar tunjang yang sangat kuat.

Pokok mata kucing banyak terdapat di Kampung Redong, Johor. Kampung Redong terkenal sebagai lokasi yang menghasilkan buah mata kucing dengn banyak untuk negeri Johor semenjak dulu lagi.

Buah mata kucing dengan buah longan memang hampir siiras. Buah longan, selain saiznya lebih besar, rasanya pula adalah lebih sedap daripada buah mata kucing. 

Buah longan isinya lebih jernih, dan kenyal. Kulit luar buah longan lebih licin, berbeza dengan buah mata kucing yang sedikit kasar dan lebih menggerutu. Warna kulit buah longan lebih cerah dan buah lebih kenyal dan tebal.


2 comments:

  1. selama ini saya tertipu la dengan peniaga ? kenapa mereka selalu mengatakan bahawa longan (gambar rajah) adalah mata kucing ? sebetulnya yang mana ?

    ReplyDelete
  2. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete