Thursday, 18 October 2018

MINYAK MASAK PENGUSAHA ISLAM CAP LESONG PEMENANG ANUGERAH

 Semakin banyak produk keluaran pengusaha Islam. Mereka melakukan bukan atas dasar perniagaan atau mencari keuntungan semata-mata, tetapi juga sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan keperluan orang Islam berdasarkan asas halal.

Sudah ada pengusaha sanggup melabur modal besar demi memenuhi fardu kifayah, maka seharusnya orang Islam menyokongnya. Persaingan amat sengit dan tanpa bantuan dan sokongan di kalangan orang Islam, pengusaha Islam akan berkubur. Bagi memastikan pengunsaha Islam terus bertahan dan maju, sesungguhnya orang Islam perlu memilih produk keluaran orang Islam. Anggaplah itu satu jihad untuk membantu dan mengembangkan perniagaan orang Islam.

Salah satu produk pengusahan Islam ialah minyak masak cap Lesong. Kilang memproses di alamat Lot 131 Kilang Vendor Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, 77300 Merlimau, Melaka.

Umat Islam tidak perlu ragu-ragu tentang kualiti kerana produk berjenama Lesong telah mendapat anugerah "World HALAL Best Brand Award 2018".
peringkat Asia Pasifik. Satu anugerah yang wajar dibanggai orang Islam.

Kalau selama itu kualiti jadikan faktor pilihan pengguna, nah produk itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Bahkan, minyak masak cap Lesong adalah jenama minyak masak pertama dari Malaysia yang dianugerahkan "World HALAL Best Brand Award 2018".

Sebaik mana produk yang dihasilkan dan setinggi mana pengiktirafan yang diterima, jika orang Islam tidak berpakat dan bersatu menyokong produk itu, ia tidak akan kemana.

Bersama membantu produk pengusaha Islam.


No comments:

Post a Comment