Terpenoid pula memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet.
Oleh itu ramai yang mengambil produk gingko percaya bahawa ia boleh meningkatkan daya ingatan, menajamkan pemikiran dan juga mengatasi masalah peredaran darah.
Meningkatkan daya ingatan. Ginkgo juga dikenali sebagai "herba otak". Gingko meningkatkan aliran darah ke otak dan bertindak sebagai antioksida. Gingko membantu meningkatkan ingatan dan pemikiran dalam kalangan orang muda dan pertengahan umur yang sihat.
Gingko boleh membantu mencegah perkembangan gejala demensia, terutamanya jika demensia tersebut dianggap sebagai hasil daripada penyakit salur darah.
Didapati gingko memberi kesan positif kepada memori dan pemikiran serta memudahkan pengidap alzheimer atau demensia melakukan tugas seharian.

No comments:
Post a Comment