Sunday, 30 August 2026

KEDUDUKAN JALUR GEMILANG PADA KENDERAAN

 
Kedudukan Jalur Gemilang pada kenderaan. Pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan memang digalakan. Namun, pemasangan itu perlu itu tatacara yang betul.

Jalur Gemilang mesti dipasang di bahagian hadapan sebelah kanan pemandu atau jika dilihat dari depan kedudukannya adalah di sebelah kiri. Kalau tidak diletak pada bahagian bonet, maka hendaklah diletakkan di bahagian cermin hadapan di bahagian atas di sebelah kanan.

Jika sekiranya hendak diletakkan di bahagian bumbing kenderaan, pastikan kedudukan bendera itu di bahagian bumbung paling hadapan di sebelah kanan atau kedudukannya lebih ke hadapan berbanding kedudukan pemandu dan penumpang kenderaan.

Jadi, adalah menjadi satu kesalahan jika pemasangan bendera di letak di bahagian belakang kenderaan atau di bahagian belakang pemandu dan penumpang.

Banyak pengguna memberi alasan pemasangan bendera di bahagian belakang kerana saiz yang besar atau tidak ada tempat sesuai di bahagian hadapan, maka pilihlah ukuran bendera yang bersesuaian dan tidak membahaya keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Ingat, pengibaran Jalur Gemilang di kenderaan adalah digalakkan, tetapi tatacara pengibaran mesti mengikut peraturan tanpa kompromi.

Peraturan ini juga terpakai untuk kenderaan air, termasuk luncur jet (jet ski) dan bot atau perahu yang berada di perairan negara.

Bagaimanapun, kedudukan bendera kebangsaan (ensign) di atas kapal yang berlayar di perairan antarabangsa, lazimnya diletakkan di bahagian buritan (stern) atau tiang bendera belakang (flagstaff) sebagai tanda kebangsaan dan negara tempat kapal itu berdaftar.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment