Wednesday, 29 July 2026

UMAT ISLAM BERBALAH SESAMA SENDIRI

 
Umat Islam berbalah sesama sendiri. Keadaan ini pasti melemahkan umat Islam. Pihak yang gembira adalah musuh-musuh Islam.

Mereka gembira kerana tidak perlu bersusah payah untuk mengalahkan umat Islam kerana tugas itu dilakukan oleh orang Islam sendiri.

Musuh Islam hanya menanti untuk mengambil alih kuasa apabila keadaan umat Islam benar-benar lemah akibat berbalah sesama sendiri.

Menuduh dan menyalahkan pihak lawan bukan satu pendekatan bijak. Kalau kita boleh membuka aib orang, pastinya kita juga mempunyai aib dan kelemahan yang boleh dibongkar oleh orang lain.

Daripada situ pula akan lahir fitnah, sedangkan perbuatan itu adalah seburuk-buruk perbuatan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Manakala sabda Rasulullah SAW bermaksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment