Monday, 17 July 2023

KHASIAT MINYAK KAYU KAPUR

 
Pokok kapur ditemui tumbuh di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Sumantera. Ia sering ditemui tumbuh secara berkelompok di tanah bersaliran baik di lereng bukit. Pokok ini juga mudah tumbuh di luar habitat asal. 

Pokok kapur amat terkenal dengan corak "susun suai" (crown shyness) di langit, iaitu suatu fenomena semula jadi yang terhasil daripada silara pokok-pokok ini yang tidak bertindih ataupun bersentuhan antara satu sama lain.

Batang pokok ini berbentuk silinder yang lurus dan boleh mencapai ketinggian 60 meter, disokong dari bawah oleh banir yang kadangkala mencapai beberapa meter tinggi. Kayu balak kapur digunakan dalam pembinaan berat terutamanya sebagai kayu landasan kereta api pada masa dahulu.

Nama saintifiknya, Dryobalanops aromatica (family Dipterocarpaceae). Seluruh bahagian pokok kapur mengeluarkan bau damar termasuk daun-daun gugur yang diramas.

Pada zaman dahulu, minyak kapur barus diperoleh dengan menoreh batangnya dan dieksport ke negara Cina dan Jepun untuk menghasilkan ubat makan serta sapu. 

Sememangnya pokok kapur kaya khasiat. Minyak kayu kapur diperoleh dengan menebuk bahagian batang pokok. Cecair yang berupa seperti air akan mengalir keluar yang dipanggil sebagai minyak kapur. Air itu terus dibotolkan tanpa perlu diproses atau dicampurkan dengan bahan lain. 

Cara penggunaan:
- Boleh disapukan terus ke tempat yang sakit atau yang terkena jangkitan. 
- Boleh jugak dimasukkan ke dalam air suam sebanyak 7 titik dan minum 3 kali sehari. 

 Khasiat minyak kayu kapur mujarab digunakan untuk merawat:
- Eczema
- Psoriasis
- Luka kencing manis
- Luka terbelah
- Kayap
- Kurap
- Kudis
- Bisa serangga
- Luka lambat sembuh
- Gatal kulit
- Melecur
- Kembung perut
- Ubat barut selepas bersalin

Banyak minyak kapur yang dijual di pasaran sekarang. Boleh diperoleh secara dalam talian. 

1 comment: