Polemik atau perbahasan di media, sama ada
media cetak mapupun media sosial berkaitan pelupusan hutang peneroka Felda
semakin rancak menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri iaitu Kelantan,
Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam
satu kenyataan terbaru bertegas bahawa Tan Sri Muhyiddin dan Kerajaan PN tidak
pernah melupuskan hutang FELDA yang bernilai RM8.3 bilion pada tahun 2021.
Anwar berkata kerajaan PN hanya sekadar
bersetuju, tapi tidak pernah bentang dalam mana-mana belanjawan sama ada tahun
2021 ataupun 2022.
Menurut Anwar, keputusan untuk melupuskan
hutang RM8.3 bilion itu hanya baru diputuskan pada bulan Jun 2023 yang lalu
oleh Kerajaan Perpaduan.
Muhyiddin kemudiannya menafikan kenyataan Anwar
itu. Muhyiddin petik kenyataan Pengerusi Felda ketika itu, Tan Sri Idris Jusoh
bertarikh 24 Februari 2023 bahawa hutang peneroka FELDA telah selesai pada
tahun 2021.
Kenyataan Idris Jusoh itu adalah lanjutan jawatan
bertulis Menteri JPM Dato Seri Azalina Othman dalam Parlimen pada 23 Februari
2023, telah menyatakan keputusan pelupusan hutang itu tidak dapat dilaksanakan
kerana isu "cash flow" FELDA.
Isu hutang peneroka sudah lama menghimpit
golongan tersebut. Malah banyak senarai penghutang itu sudah meninggal dunia.
Dalam kaedah perakaunan, hutang itu selayaknya disenaraikan dalam “hutang lapuk”
atau hutang yang tidak ada kemungkinan untuk dipungut kembali.
Maka, pelupusan hutang itu adalah satu langkah
yang wajar. Pun begitu, polemik yang tersebar sekarang adalah sama ada ia telah
berlaku seperti didakwa oleh Muhyiddin atau belum terlaksana seperti kenyataan
Anwar. Hakikatnya boleh difahami dengan mudah jika kita berlapang dada untuk
memahaminya.
Memang benar Muhyiddin telah mengumumkan
tentang persetujuan pelupusan hutang tersebut. Di pihak FELDA pula telah
membuat perjanjian dengan peneroka tentang perkara itu.
Secara perakaunannya, pelupusan itu tidak
boleh dilakukan sekadar memadamkan dalam catatan akaun sahaja. Apa perkara lain
yang perlu dibuat.
Dengan kata lain, untuk benar-benar ia
memberi kebaikan kepada Felda dan penoraka atau mencapai matlamat yang ditetapkan,
masih banyak perkara atau proses yang perlu dilakukan.
Secara analogi mudah, apa yang dilakukan
oleh Muhyiddin adalah sekadar meletak batu asas. Batu asas semata-mata tidak
akan menjadi kenyataan. Seperti banyak projek dibuat batu asas oleh kerajaan
Kelantan, hakikatnya ia tidak memberi apa-apa makna jika projek itu tidak
diteruskan atau dibina secara fizikalnya.
Begitulah dalam isu pelupusan hutang
peneroka FELDA ini. Pihak yang berusaha untuk menjadikan batu asas itu
benar-benar menjadi kenyataan adalah Kerajaan Perpaduan.
No comments:
Post a Comment