Wednesday, 5 July 2023

AK 33 - AKSB MENJADI ALAT PROPAGANDA

 
Lama dah tak menulis,...

Dalam penerbitan Harakah Daily bertarikh 17 Mac 2023 terdapat satu laporan mengenai isu Bekalan Air Kelantan oleh Pengurus Besar AKSB bertajuk : Kelantan bayar balik pinjaman projek bekalan air,
 
Namun bila dibaca ia amat mengelirukan rakyat, dan di sini saya cuba rungkaikan satu persatu persoalan yang dinukilkan dalam kenyataan yang jelas tidak bertanggungjawab.
 
1. (AKSB):10 Tahun terpaksa usaha sendiri untuk menyediakan bekalan air bersih akhirnya pusat salur pinjaman mudah RM600 juta
- Berita ditulis pada 17 Mac 2023, mungkin yang dimaksudkan 10 tahun berusaha sendiri itu adalah bermula tahun 1990 hingga 2000.
- Fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Kerajaan Kelantan adalah selepas 1990 iaitu pada 1991, Kerajaan Kelantan menerima kelulusan RM80 juta untuk menyambung projek Bekalan Air Kelantan Utara (BAKU), dan sejumlah RM4.5 juta telah dibelanjakan untuk kerja awalan.
- Kerajaan PAS Kelantan (APU) pada ketika itu mahukan pinjaman itu dalam bentuk wang tunai kepada Perbendaharaan Negeri dan ia menjadi pertikaian hinggalah Kerajaan PAS Kelantan memutuskan untuk menswatakan Bekalan Air Kelantan secara usahasama kepada Thames Water PLC (syarikat British) kerana tertarik dengan tawaran pelaburan RM2 billion oleh Thames Water.
- Lalu terbentuklah Kelantan Water Sdn Bhd. Dan jodoh Kerajaan Kelantan dengan Thames ini tidak lama, kerana terperangkap dengan kenaikan tarif air yang dituntut oleh Thames Water.
- Ini membuatkan Kerajaan Kelantan meminta nasihat dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan mengambil alih KWSB (Kelantan Water Sdn Bhd) pada 1999 dengan pembelian semula saham milik Thames Water PLC. Secara tak langsung mengakui penswastaan bekalan air kepada syarikat milik asing merupakan satu kesilapan yang tidak wajar dilakukan.
- Namun, yang dijaja kepada rakyat Kelantan 1990 hingga 2000 adalah ‘lost development years’ yang disebabkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk menutup salah sendiri. Sedangkan 1990-1994 Kerajaan PAS mahu wang bukan berdasarkan Projek, dan 1995 - 1999 mereka menswastakan bekalan air kepada Syarikat British.
- Kelantan menerima kelulusan pinjaman RM600 juta pada 2002 setelah selesai pegambilalihan Kelantan Water Sdn Bhd dari Thames Water PLC.
- Buktinya Kelantan mula menerima pinjaman RM41.72 juta pada tahun 2002 dan pada 2003 RM97.7 juta untuk 4 LRA iaitu SKIM Kelar, Merbau Chondong, Chicha dan Kg Puteh. (Maklumat ada dalam buku Laporan Audit Negara Negeri Kelantan 2003)
 
2. (AKSB): Jumlah Pinjaman yang diberi Kerajaan Persekutuan bukan RM600 juta sebagaimana dijanjikan sebaliknya hanya diberi separuh dari jumlah yang dipohon iaitu sebanyak RM291 juta.
- Melalui jawapan Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri KASA dari PAS sendiri) pernah menjawab dalam Dewan Negara bahawa Kelantan telah menerima pinjaman RM907 juta dari Kerajaan Persekutuan untuk tujuan bekalan air. bermula dari RMKe 8 hingga RMKe 11 (dari 2002 hingga 2020).
- Malah Menteri KASA (AHLI PARLIMEN PAS KUBANG KERIAN) itu juga menjawab Kerajaan Kelantan menerima geran bekalan air RM166 juta.
 
3. (AKSB): Pinjaman itu diberi berdasarkan projek yang dilaksanakan. Biarpun Kelantan diberi pinjaman, namun Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tiada hak untuk melantik kontraktor sendiri. Jauh sekali untuk memilih kontraktor.
- AKSB memohon kepada Kementerian keperluan, dan segala reka bentuk dan keperluan terhadap projek ditentukan oleh AKSB, Kerajaan Persekutuan hanya mengeluarkan pembiayaan.
- Sebagai contoh dalam Projek NRW pada tahun 2009 AKSB bersama Kerajaan Kelantan telah memilih Salcon sebagai Kontraktor untuk program mengatasi air tak berhasil (NRW) dan akhirnya gagal pada 2011. Projek itu bernilai RM130 juta
- Contoh lain pula, Iklan tender untuk projek LRA Merbau Chondong dikeluarkan oleh AKSB dan AKSB telah melantik CDAH Construction Jangka Prestasi JV, dan CDAH merupakan sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai perkaitan dengan Bekas Pengurus Besar AKSB yang didakwa oleh SPRM pada 14 Ogos 2022.
 
4. (AKSB): AKSB juga berusaha memasang Smart meter digital yang baharu menggantikan meter lama yang dipanggil meter analog.
- Pengurus Besar Baharu ini jelas tidak mengetahui apa yang berlaku pada AKSB, dalam isu Smart Meter, daripada sini kita boleh nampak tahap mana Pengurusan AKSB sekarang.
- Pada 2008 AKSB telah lantik Salcon Enginering untuk menurunkan NRW Kelantan dari 49.4% tetapi apa berlaku pada 2011 NRW semakin meningkat kepada 55.7%.
- Dalam kontrak tersebut terdapat pembelian 80 ribu smart meter dari pembekal Circle Ring Sdn Bhd. oleh Salcon Engineering
- Smart Meter itu disyorkan oleh AKSB sendiri setelah membeli buat pertama kali sebanyak 1000 unit pada Jun 2008.
- Namun smart meter ini didapati menghadapi banyak masalah dan tidak boleh dipakai.
 
5. (AKSB): Kelantan membayar balik pinjaman RM291 juta yang dilulus kerajaan Pusat pada awal 2000 dan sehingga sekarang jumlah hutang sudah selesai.
- Disebutkan di awal tadi pinjaman yang diterima Kelantan dalam bekalan air adalah RM907 juta dari 2002 hingga 2020.
- Kelantan juga antara Negeri yang sukar membayar pinjaman bekalan air sehingga menyebabkan hutang terkumpul sehingga 2016 menjadi lebih RM700 juta, tiada desakan dari Kerajaan Persekutuan untuk membayar hutang-hutang ini.
- Namun pada 2016, Kerajaan Kelantan memeterai perjanjian penstrukturan semula hutang bekalan air bersama PAAB (Perbadanan Aset Air Berhad).
- Ini bermaksud PAAB akan mengambil alih hampir keseluruhan hutang AKSB, dengan AKSB memajak semula semua aset bekalan air kepada PAAB, untuk tempoh 45 tahun dan Kerajaan Persekutuan menghapus kira sebahagian lagi hutang bekalan air Kelantan.
- Jumlah hutang yang diambil alih oleh PAAB melalui perjanjian ini pada 2016 adalah RM 750,243,675.00 ini merangkumi RM700 juta pinjaman dari Kerajaan Persekutuan kepada AKSB dan Pinjaman Maybank RM50 juta yang dibuat oleh AKSB.
- Kerajaan Persekutuan pada zaman pentadbiran DS Najib pada 2016 menghapus kira hutang bekalan air Kelantan sebanyak RM55 juta. ini langsung tidak pernah disebut oleh kepimpinan yang didakwa memimpin dengan cara Islam.
- Bila perjanjian ini dimeterai Kerajaan Kelantan tidak lagi berhutang dengan Kerajaan Persekutuan, sebaliknya AKSB yang berhutang dengan PAAB untuk tempoh 45 tahun. Fakta inilah yang dimanipulasi oleh Pengurus Besar AKSB dalam artikel tersebut untuk dilihat seolah-olah AKSB selesai membayar kepada Kerajaan Persekutuan.
 
6. Setelah mengelirukan rakyat dalam perenggan sebelumnya barulah Pengurus Besar AKSB ini mahu bercerita mengenai migrasi Air 2016 dengan PAAB.
Inilah rupa AKSB yang sedang berkhidmat untuk membekalkan air kepada rakyat Kelantan sekarang, tidak lebih dari sebuah badan propaganda Kerajaan Negeri Kelantan.
 
FB Mohd Zakri

No comments:

Post a Comment