Isu masalah air bersih di Kelantan memang
sudah lama berlaku. Ia dianggap krtikal apabila banyak pengguna tidak mendapat
bekalan air terawat dan terpaksa bergantung kepada air telaga tradisional dan
telaga tiub.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob
ketika pertemuan bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah
memohon peruntukan RM8 billion yang meliputi 5 projek takungan air pinggiran
sungai, 3 loji rawatan air dan penukaran paip sepanjang 3,595 km.
Lanjutan itu, Anwar peruntukan RM8 billion
akan dipertimbangkan mengikut keutamaan. Sebanyak RM1.7 billion diluluskan
dengan peruntukan segera yang melibatkan sebanyak RM500 juta untuk tahun 2023.
TAPS (Takungan Air Pinggiran Sungai) sangat
diperlukan kerana Negeri Kelantan tidak mempunyai empangan untuk bekalan air.
TAPS walaupun lebih kecil daripada empangan tetapi mampu membantu menyimpan air
untuk kegunaan semasa musim kemarau.
Walaupun pihak Persekutuan akan memberikan
peruntukan itu dalam bentuk pinjaman, tetapi kita tetap meminta supaya ia dapat
diberikan dalam bentuk geran. Bukan kerana ia suatu kelebihan untuk Kelantan
tetapi hanya agar sama dengan negeri-negeri lain.
Penggantian paip sedang berjalan sepanjang
412 kilometer dan kosnya mencecah RM248 juta, kerja-kerja penggantian paip pula
hanya dapat dilaksanakan sekitar 150 kilometer setahun. Jadi, ini memakan masa.
Semasa proses penggantian paip atau semasa
kerja-kerja penyelenggaraan dibuat di loji-loji, bekalan air mesti ditutup
dulu. Ini menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air.
Keperluan air sebanyak 500 juta liter
sehari mampu dibekalkan oleh loji-loji rawatan air yang ada yang cukup untuk
rakyat.
Sekarang ada berlaku kebocoran pada paip
lama. Kadar air tidak berhasil adalah sebanyak lebih 50%. Jadi air yang
sepatutnya cukup untuk rakyat hilang di tengah jalan ekoran kebocoran pada
paip-paip lama ini.
Sebarang aduan boleh dihantar ke Talian
Hotline AKSB 15777. Info semasa
dimaklumkan melalui page atau website AKSB. Setiap pelangan yang nombor
telefonnya berdaftar dengan AKSB, akan menerima info gangguan bekalan air
melalui infoblast SMS.
No comments:
Post a Comment