Friday, 25 January 2019

PERIBAHASA "BAGAI HARUAN MAKAN ANAK"

Peribahasa bagai haruan makan anak, iaitu tindakan atau perlakuan bapa yang melakukan perbuatan tidak baik dari segi seksual terhadap anak gadisnya sendiri sebagai pemuas nafsu.

Mengapa ikan haruan dijadikan peribahasa. Itulah dekatnya pemerhatian orang dahulu terhadap alam, termasuk cara hidup haiwan, hatta yang berada di dalam air.

Ikan haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami atau setia hanya pada pasangan. Ikan haruan jantan hanya akan memilih seekor haruan betina untuk dijadikan pasangan.

Selain itu, haruan jantan mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh dan tidak membenarkan ikan haruan lain mengganggu pasangannya.

Satu sikap yang wajar dicontohi. Namun, haruan jantan akan menunjukkan 'belang' sikap tidak bertanggungjawab apabila mempunyai anak kecil.

Ibu ikan haruan akan menjaga kumpulan anaknya dari gangguan atau menjadi mangsa kepada jenis ikan lain, termasuk bapa ikan haruan sendiri.

Bapa haruan sepatutnya menjaga anaknya bersama ibu. Malang apabila bapa sendiri yang menjadikan anak sebagai mangsa.

No comments:

Post a Comment