Friday 25 January 2019

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini merupakan adunan intipati pelbagai jenis tumbuhan tradisional yang sering digunakan oleh nenek moyang kita. Khasiat bahan dari sumber tradisional telah terbukti hebat dan digunakan secara meluas dalam produk berasaskan kesihatan dan kecantikan. 

Ia amat mujarab dan bertindak balas dengan cepat serta selamat digunakan. Sesuai untuk golongan warga emas dan ibu dalam pantang selepas bersalin. 

Penggunaan minyak eucalyptus atau minyak kayu putih memberi rasa hangat semulajadi yang selamat untuk kulit. Ia mudah meresap ke dalam kulit bersama-sama ekstrak lain dan memberi kesan pantas. Minyak kayu putih banyak digunakan untuk minyak urut atau minyak panas.

Memandangkan kegunaan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah berbagai-bagai, jadi amat elok ia disimpan di setiap rumah atau kediaman mahupun dibawa ke mana-mana untuk digunakan apabila perlu. Ia mudah untuk dibawa dan tidak pecah atau bocor kerana bekasnya diperbuat daripada plastik berkualiti.

Minyak Sejuta Rahsia Anugerah ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja.

Kandungan Hera Minyak Sejuta Rahsia Anugerah:
- Minyak eucalyptus.
- Ekstrak halia bara.
- Ekstrak serai.
- Ekstrak limau purut.
- Ekstrak lengkuas.
- Ekstrak pudina.
- Ekstrak bunga cengkih.
- Ekstrak buah pala.
- Minyak avokado.

Kelebihan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah
- Kekejangan otot selepas bersukan berkurangan.
- Senggugut beransur hilang.
- Mengatasi masalah 'urat kembang'
- Mengurangkan rasa kebas dan sakit di kaki dan tangan.
- Mengurangkan sakit kepala.
- Sakit dada.
- Mengatasi masalah sakit belakang
- Memulihkan ketegangan otot.
- Memulihkan lenguh badan. 
- Kesan akibat ‘ular-ular’ berkurangan.
- Badan semakin bertenaga dan bersemangat.
- Melegakan sakit perut.

Cara penggunaan Minyak Sejuta Rahsia Anugerah:
- Sapu pada bahagian badan yang bermasalah atau ingin dirawat.
- Boleh diguna kerap kali atau apabila perlu. 
- Untuk kegunaan luar sahaja.

Amaran: 
- Untuk kegunaan luaran sahaja. 
- Elakkan terkena bahagian muka. 
- Jika memasuki mata, bilas secukupnya dengan air.

No comments:

Post a Comment