Petai memang kaya khasiat. Itulah
menjadikan petai mendapat permintaan tinggi. Banyak kebaikan dan menfaat dengan
selalu makan petai. Di antara kebaikan atau rawatan hasil memakan petai ialah:
Kemurungan
Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai. Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil.

PMS (sindrom pra-haid)
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.
Vitamin B6 petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah dan membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.
Anemia
Zat besi yang tinggi di dalam biji petai boleh merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah dan seterusnya membantu dalam kes-kes anemia atau pesakit kekurangan darah.
Kandungan kalium dalam petai dengan kandungan rendah garamnya baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangi risiko strok. US Food and Drug Administration telah hanya menyenarikan petai sebagai buah yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.
Kuasa minda
Khasiat petai lain ialah kemampuannya di dalam meningkatkan kekuatan tenaga minda. Ini berdasarkan laporan di USA yang dijalankan di mana petai diberikan kepada pelajar semasa sarapan sebelum peperiksaan.
Kajian terhadap 200 pelajar sebuah sekolah
di Twickenham telah membuktikan pelajar yang terlibat memakan petai dapat
meningkatkan kuasa otak mereka dan membantu mereka lebih segar,
bertenaga dan memberi tumpuan dalam pembelajaran.
Sembelit
Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit. Petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar tanpa menggunakan julat. Petai boleh membantu memulihkan tindakan usus yang normal.
Keletihan
Cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat jus petai dicampur dengan dengan madu.
Pedih ulu hati
Petai mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan, jadi jika anda mengalami pedih ulu hati, cuba makan petai untuk mengurangkan kesan kesakitan.
Gigitan nyamuk
Satu amalan yang biasanya dilakukan orang kampung ialah menggunakan kulit petai untuk mengurangkan kesan gatal gigitan serangga dan nyamuk. Kulit petai digosok pada bahagian yang kena gigit. Insyaalah, rasa gatal, sakit, bengkak, kerengsaan atau lebam akan beransur kurang.

Saraf
Petai yang tinggi vitamin B yang membantu menenangkan sistem saraf.
Berat badan yang berlebihan
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

Ulser
Petai mampu meneutralkan lebihan asid dan mengurangkan kerengsaan oleh salutan lapisan perut. Jadi, ia dapat membantu mengatasi penyakit ulser.
Kawalan suhu
Petai dianggap "penyejuk" dan boleh menurunkan suhu fizikal dan emosi, termasuk kepada ibu-ibu mengandung. Di Belanda, sebagai contoh, wanita hamil makan petai untuk memastikan bayi yang dilahirkan dengan suhu yang sejuk.
Merokok
Petai juga boleh membantu orang yang cuba untuk berhenti merokok. Petai yang kaya dengan kandungan vitamin B6, B12, serta kalium dan magnesium dapat membantu badan pulih daripada kesan-kesan nikotin terhadap tubuh.
Kalium (potasium) dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan
keinginan untuk merokok. Merokok adalah membahayakan kesihatan. Biar mulut
berbau petai daripada berbau rokok.
Tekanan perasaan (stres)
Potassium atau kalium merupakan bahan mineral untuk kesihatan vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam badan anda. Apabila kita tertekan, kadar metabolisme kita meningkat, sekali gus mengurangkan kadar potassium. Ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek petai yang tinggi potassium.
Petai juga dapat membunuh cacing di dalam perut dan usus di mana
ia akan keluar bersama najis.
Merawat deman kuning.
Bahagian daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning.
Caranya ialah dengan merebus daun petai di mana kemudian airnya diminum dan
ulang beberapa kali.
Strok
Menurut kajian dalam "The New England Journal of Medicine" makan petai sebagai sebahagian daripada diet yang teratur dapat mengurangkan risiko kematian oleh strok sebanyak 40%.
Ketuat
Mereka yang ada ketuat pada badan, boleh mencuba untuk menghilangkannya dengan meletakkan biji petai pada bahagian yang berkenaan. Gunakan plaster atau kain untuk melekatkan biji petai di bahagian ketuat itu.

Mengurang kemabukan
Terdapat petua yang mengesyorkan adunan petai bersama susu dan
madu, adunan ini dipercayai dapat mengurangkan masalah kemabukan, kerana herba
petai, madu dan susu dapat memperbaiki aras glukosa dan mengembalikan aras
cecair badan ke tahap seimbang.
No comments:
Post a Comment