Friday, 25 January 2019

IKAN HARUAN


Ikan haruan (Chana striatus) atau lebih dikenali sebagai 'Snakehead Fish' merupakan sejenis ikan karnivor yang hidup di dalam air tawar. Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia. Sebanyak 14 spesies terdapat Malaysia. Ikan haruan boleh dikategori ikan tempatan.

Ikan haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ibu ikan haruan akan menjaga kumpulan anaknya dari gangguan atau menjadi mangsa kepada jenis ikan lain, termasuk bapa ikan haruan sendiri. Sebab itu ada peribahasa 'haruan makan anak' yang merujuk kepada bapa yang menjadikan anaknya sendiri sebagai pemuas nafsu.

Ikan haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, terusan pertanian, sawah dan murara sungai.

Khasiat ikan haruan menyembuh luka telah dimanfaatkan masyarakat Melayu sejak dahulu. Sebab itu, ia sering dijadikan menu utama disediakan untuk ibu lepas bersalin sepanjang tempoh berpantang.

Kajian perubatan moden dan sains pemakanan mendapati ikan haruan menduduki tempat teratas dalam keberkesanan pelbagai jenis ikan dapat mempercepatkan kadar penyembuhan luka dalaman dan luaran.

No comments:

Post a Comment