Khasiat ikan haruan menyembuh luka telah
dimanfaatkan masyarakat Melayu sejak dahulu. Sebab itu, ia sering dijadikan menu
utama disediakan untuk ibu lepas bersalin sepanjang tempoh berpantang.
Ikan haruan dikatakan menduduki tempat
teratas dalam kajian keberkesanan pelbagai jenis ikan dapat mempercepatkan kadar
penyembuhan luka dalaman dan luaran.
Ekstrak haruan ketara mempercepat
proses penyembuhan luka kerana ia mempunyai kesan antinosiceptif yang membantu
mengurangkan rasa sakit. Dari sudut lain, pesakit yang lebih selesa dan kurang
tertekan akan pulih lebih cepat.
Ekstrak haruan sememangnya mempunyai
kandungan khasiat tertentu yang membantu penyembuhan luka. Ikan haruan mengandungi
glisin, asid amino penting yang diperlukan untuk kesihatan tubuh.
Ia juga mempunyai asid arakidonit dan
asid lemak tak tepu pada tahap tinggi yang menghasilkan kesan antiradang serta
menggalakkan sintesis prostaglandin, penting dalam membantu badan menangani
kerosakan atau jangkitan tisu.
Paling menarik, ia juga menggalakkan
pembentukan semula kolagen melalui sintesis sambung-silang inter dan
intramolekul protein. Ini menghasilkan peningkatan ketara dalam kekuatan
tegangan yang menyegerakan penyembuhan luka.
Kaedah terbaik untuk mendapatkan
khasiat pemakanan terbaik daripada haruan adalah dengan menyediakan sup panas
atau bubur, selain digoreng, digulai atau dibakar.
No comments:
Post a Comment