KUALA LUMPUR, 24 Jan 2019 (Bernama) - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah hari ini dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan 2019.
Pemilihan Seri Paduka
Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas) di Istana Negara
hari ini.
Baginda
menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan
Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lalu selepas memegang tampuk pemerintahan negara
sejak 13 Dis 2016.
No comments:
Post a Comment