Thursday, 24 January 2019

CARA SIMPAN SERONDENG TAHAN LAMA

Serondeng yang dimasak sehingga kering dengan cara yang betul boleh disimpan sehingga 1 tahun dalam bungkusan plastik kedap udara. Sebab itu, serondeng sering dijadikan 'bekal' merantau ke luar negara seperti jemaah haji dan pelajar di luar negara. 

Selepas dibuka daripada pembungkus, sambal ataupun serondeng ini disyorkan disimpan pada suhu bilik di dalam bekas kedap udara. Tidak digalakkan disimpan dalam peti sejuk kerana akan mengurangkan rasanya dan masuk angin. Jangan simpan atau dibiarkan berada di tempat yang panas seperti di dalam but kereta. 

Hendaklah dihabiskan dalam tempoh tidak lebih dari 3-6 bulan bergantung kepada cara penyimpanan, selepas dibuka. 

1 comment:

  1. terima kasih kerana memberi info ini. saya punya stok serunding setengah kotak jadi basi sebab letak dalam bonet. satu kotak tu ada dalam 20-30 bungkus. sekarang saya dah faham kenapa

    ReplyDelete