Thursday 24 January 2019

GALERI WAYANG KULIT KAMPUNG LAUT

Persembahan wayang kulit tradisi Kelantan semakin sepi apabila timbul pelbagai bentuk medium hiburan yang lebih diminati. Namun, terdapat insan seni yang masih berusaha untuk mempertahankan wayang kulit, biarpun mungkin sekadar untuk dipertontonkan tanpa persembahan.

Kepada mereka yang ingin melihat proses membuat patung wayang kulit dan hal-hal lain berkaitan wayang kulit boleh berkunjung di Galeri Wayang Kulit Kampung Laut di Kampung Laut 2, Tumpat.

Di galeri tersebut ada dewan untuk persembahan wayang kulit. Persembahan akan dibuat atas permintaan. 

Kemas kini:
Pak Yusoff yang mengendalikan galeri tersebut telah meninggal dunia pada 15 Mac 2019. 

No comments:

Post a Comment