Thursday, 24 January 2019

KAIN PELEKAT JENAMA PILIHAN DIJUAL DALAM TALIAN

Kain pelekat (biasanya dieja pelikat) adalah sejenis kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. 
 
 
Kain pelekat biasanya dipakai oleh lelaki ketika menunaikan sembahyang. Ia dipakai labuh sehingga paras buku lali dengan bahagian atas berada pada bahagian atas pusat. 
 
Selain itu ia juga dipakai ketika santai di rumah dan keluar melakukan aktiviti di luar. Penggunaan kain pelekat dianggap lambang seni budaya yang menjadi identiti lelaki Melayu.
 
Tambahan pula ia memang selesa dipakai. Ia boleh dipakai dengan 'gaya' santai untuk aktiviti tidak formal. 
 
Di pasaran sekarang terdapat banyak jenama terkenal yang dijual. Kebanyakannya buatan Indonesia. Setiap jenama mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing.

Kain pelekat dari Indonesia mendapat sambutan kerana:
- Sangat selesa dipakai.
- Tidak panas.
- Cotton lembut.
- Tidak jarang. 
- Sesuai untuk kegunaan harian.
- Sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan.
- Terdapat dalam kotak bungkusan yang kemas.
- Pelbagai warna dan motif yang menarik. 
 
Kami ada menjual beberapa jenama pelekat secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah. 
 
PELEKAT MANGGA NUR AJUNG

No comments:

Post a Comment