Tuesday, 22 January 2019

HINA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Perbuatan menghina dan memperkecilkan kemampuan jabatan atau organisasi kerajaan semakin menjadi-jadi. Perbuatan biadap itu perlu dihalang terus berlaku agar tidak menjadi budaya Malaysia Baharu.

Terbaru, seorang lelaki mengeluarkan kata-kata menghina terhadap anggota jabatan itu ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) nahas SUV di Jambatan Pulau Pinang.

Lelaki berkenaan menulis komen mengatakan 'skuad bomba teruk serta hanya tidur dan makan sahaja' di dalam Facebook ketika operasi SAR mencari kenderaan SUV itu disiarkan portal berita secara langsung.

Satu laporan polis dibuat terhadap individu berkenaan. Meskipun individu berkenaan sudah memohon maaf, siasatan dan tindakan mengikut undang-undang perlu diteruskan.

Siastan kes itu boleh dibuat di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 51 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 iaitu kerana maksud menghalang tugas anggota keselamatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment