Kereta api CR400 Fuxing disenaraikan antara model yang
beroperasi pada tahap kelajuan tinggi. Kereta
api CR400 bergerak pada kelajuan maksimum komersil 350 km/j walaupun ia berjaya
mencapai kelajuan 420 km/j ketika sesi ujian.
Laluan utama perkhidmatan CR400 ialah Beijing-Shanghai-Hong
Kong, dan Beijing-Harbin.
CR400 jenis tren unit gandaan elektrik (Tren Electric Multiple Unit - EMU) telah menjalani peningkatan
teknologi untuk formasi 8 kereta dan 17 kereta. Dengan memanfaatkan teknologi
ringan dan pengurangan bunyi, bersama-sama dengan penyepaduan peralatan dan
pengoptimuman susun atur.
Peningkatan itu meluaskan lagi ruang penumpang, meningkatkan
bilangan tempat duduk kelas kedua dan jumlah kapasiti, sambil menggandakan saiz
kawasan dan simpanan bagasi yang besar.
.
Tren yang dinaik taraf akan beroperasi di laluan landasan berkelajuan tinggi Beijing-Shanghai, meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan operasi laluan ini.
Sememangnya, China semakin maju dalam pembinaan dan operasi
kereta api berkelajuan tinggi. Peningkatan perkhidmatan kereta api laju
dianggap satu keperluan di China sesuai dengan keluasan negara tersebut.
Pergerakan rakyat antara bandar besar yang tinggi memerlukan
mod pengangkutan yang pantas dan boleh membawa jumlah penumpang yang banyak.
.
Tren yang dinaik taraf akan beroperasi di laluan landasan berkelajuan tinggi Beijing-Shanghai, meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan operasi laluan ini.
Tak percaya "barang China" ni. Tengokla berapa lama keretapi ni boleh bertahan!
ReplyDelete