Ada pendapat mengatakan keuntungan berlebihan dianggap sebagai riba? Contohnya keuntungan ditetapkan oleh pihak bank dalam urusan pembiayaan pembelian rumah yang biasa dikenakan oleh perbankan Islam.
Dalam mazhab Syafie definisi riba ialah akad yang dimeterai sebagai pertukaran barang tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai pertukaran ini tidak diketahui kesamarataannya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan. (Mughni al-Muhtaj 2/21)
Jadi, untung berlebihan tidak termasuk dalam kategori riba. Bagaimana ada pula yang mengatakan untung berlebihan itu riba? Menariknya, pihak yang mengatakan untung berlebihan itu adalah riba tidak pula menetapkan berapa peratus untung yang diperoleh sebelum dikatakan untung itu adalah riba?
Adakah untung 5 peratus, 10 peratus, 30 peratus, 100 peratus atau 300 peratus dikira riba? Apa kayu pengukur syarak?
Katakanlah untung lebih dari 100 peratus itu riba, maka mereka pun akan kata pembiayaan di perbankan Islam itu ada riba. Mereka lupa, dengan tuduhan macam itu, untung mak cik jual nasi lemak, mamak yang jual teh tarik dan roti canai semuanya akan jadi riba. Ini kerana mamak yang jual teh tarik dengan harga RM2 secawan, sedangkan kosnya hanya 50 sen sahaja. Jadi, untungnya adalah 400 peratus. Adakah untung 400 peratus itu adalah riba?
Sebaliknya, jika pinjam RM100 bayar balik RM101, RM1 yang lebih tu memanglah dikira riba biarpun tidak terasa terbeban dan bukan untung berlebihan atau tidak pun terasa tertindas, tetapi berdasarkan hukum syarak jumlah RM1 itu adalah riba.
Jadi, bukan jumlah yang menentukan riba atau tidak. Sebaliknya ia adalah sepertimana ketetapan syariat yang perlu dipatuhi.

Islam mengharamkan riba. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah, ayat 275)
1) Riba al-Fadl: Iaitu riba yang terjadi disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantitinya sedangkan kedua-duanya daripada jenis barang item yang sama. Contohnya, menukar segantang beras kategori A dengan segantang dan secupak beras kategori B, jadi yang lebih secupak itu adalah riba.
No comments:
Post a Comment