Kebaikan, manfaat dan kegunaan batu tawas semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Tawas merupakan sejenis garam berbentuk batu bening atau
menyerupai kristal. Sebab itu ia dikenali batu tawas. Sekarang ada batu tawas diproses menjadi serbuk tawas menjadi seperti serbuk garam halus.
Dalam Kitab Al-Qanun Fit Tibb (The
Canon of Medicine), Ibnu Sina telah menyatakan pelbagai kegunaan tawas. Antara
kegunaan adalah untuk menghentikan pendarahan, merawat luka dan mencuci
mulut melalui perkumuran.
Tawas juga telah lama digunakan sebagai ubat oleh tamadun-tamadun terdahulu seperti yang terlihat dalam Perubatan Tradisional Cina dan Perubatan Ayurveda.
Dalam Perubatan Ayurveda, tawas dikenali sebagai phitkari, manakala dalam Perubatan Tradisional Cina ia dikenali dengan nama bai fan. Begitu juga dengan Perubatan Melayu yang turut menjadikan tawas sebagai bahan untuk merawat penyakit.
Tawas adalah sebatian kimia semulajadi. Ia tidak datangkan bahaya kepada kesihatan. Sebab itu, ia digunakan untuk dimasukkan ke dalam makanan bagi mengelak cepat basi atau membuatkan tekstur makanan lebih kenyal dan cantik.
Tawas turut digunakan untuk mengawet makanan menggantikan garam. Ia juga digunakan untuk samak atau membersihkan belulang atau kulit haiwan sebelum dikeringkan.
KEBAIKAN TAWAS:
- Anti bakteria.
- Menghilangkan bau ketiak.
- Mencerah kembali
warna hitam ketiak.
- Boleh juga
digunakan pada bahagian badan lain.
- Membersih luka
kecil atau calar (sedikit rasa pedih).
- Merawat masalah
ruam dan kegatalan kulit.
- Menghilangkan rasa
tidak selesa selepas bercukur.
- Bebas bahan kimia
dan selamat dari kesan sampingan.
- Menghilangkan bau
air yang tidak menyenangkan.
- Mengatasi masalah
air keruh.
- Guna untuk campuran
bahan pengawet makanan dan sayuran.
- Dimasukkan sedikit
di dalam kuah untuk elak cepat basi.
CARA
PENGGUNAAN TAWAS:
Cara pertama (guna tawas bentuk batu):
- Basahkan
ketiak atau bahagian yang ingin 'dirawat'.
- Sapu atau
sentuhkan batu tawas di bahagian berkenaan.
- Biarkan
kering dengan sendiri tanpa dilap.
Cara kedua (guna tawas bentuk serbuk):
- Ambil sedikit serbuk tawas
- Kemudian dicampurkan dengan air.
- Kemudian dicampurkan dengan air.
- Gunakan air
campuran itu untuk disapu di bahagian berkenaan.
- Boleh juga
menggunakan penyembur air atau bekas spray.
- Biarkan
kering dengan sendiri tanpa dilap.
Cara ketiga (guna tawas bentuk serbuk - cara guna seperti bedak)
- Ambil sedikit tawas dan terus dilumur atau disapu pada bahagian berkenaan.
- Ambil sedikit tawas dan terus dilumur atau disapu pada bahagian berkenaan.
Dapatkan tawas secara dalam talian.
Mudah cepat murah.
Klik palutan di bawah.
1 kg tawas ketul - https://shope.ee/3L1reLL9hM
1 kg tawas hancur - https://shope.ee/6fHzfY8JPi
1 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/2q5XEWGgn2
1 kg tawas serbuk halus - https://shope.ee/B4pskwQEs
5 kg tawas serbuk kasar - https://shope.ee/20WU4FzPVM
No comments:
Post a Comment