Sunday, 11 May 2025

PELBAGAIKAN KEGUNAAN KHEMAH

 
Khemah adalah tempat berteduh yang biasa­nya dibuat daripada kanvas yang disokong oleh tiang dan tali yang diikatkan pada pancang. Khemah biasa digunakan ketika aktiviti berkhemah di luar kawasan tempat tinggal seperti di dalam hutan, tepi sungai, tepi pantai dan sebagainya.
 
Sebenarnya, kegunaan khamah boleh dipelbagaikan. Jika di kawasan laman rumah akan ruang kosong, khamah juga boleh didirikan sebagai tempat santai bersama keluaraga, berkelah atau menyambut tetamu.
 
Ia bolehlah dianggap seperti orang membina wakaf atau anjung rumah. Memang nyaman dan selesa berada di dalam khemah terbuka yang terletak di bawah naungan pokok.
 
Untuk tempat duduk boleh dipasang tikar atau alas duduk dan sesuai juga diletakkan kerusi dan meja kecil untuk diletakkan air dan makanan.
 

No comments:

Post a Comment