Thursday, 22 May 2025

FUNGSI BATU DI TEPI LANDASAN KERETA API

 
Di sepanjang landasan kereta api terdapat batu tajam yang dipanggi batu landasan. Penggunaan batu landasan ini digunakan di seluruh dunia, membuktikan ia bukan digunakan sekadar batu-batu biasa seperti di jalan raya.
 
Batu itu dalam bentuk "tajam" ada banyak fungsi. Sebab itu, ia tidak boleh dpandang mudah.
 
Batu yang digunakan mesti tajam dan berpermukaan kasar, supaya boleh 'mengunci' antara satu sama lain. Kalau guna batu bulat licin, rel akan jadi longgar dan boom. Keadaan itu boleh menyebabkan risiko kemalangan.
 
Batu landasan tidak sekadar diletakkan dan dibiarkan begitu sahaja. Sebaliknya, batu landasan itu perlu diselenggara bagi memastikan ia dapat berfungsi.
 
Kalau batu atau kawasannya dipenuhi lumpur, ia tak berfungsi dengan baik. Ada mesin khas dipanggil "ballast cleaner" untuk bersihkan dan susun semula batu-batu ini.
 
Sebenarnya, fungsi batu landasan itu sangat penting. Antara fungsinya::
- Pegang rel dan kayu landasan supaya tak bergerak bila tren lalu.
- Edar tekanan berat tren ke tanah.
- Serap gegaran, bagi penumpang rasa lebih selesa.
- Elak air bertakung bila hujan – bantu pengaliran air.
- Cegah tumbuhan liar dari tumbuh sekitar rel.
- Serap bunyi bising tren bergerak.
- Kawal pengembangan rel bila cuaca panas.


No comments:

Post a Comment