Sunday 30 July 2023

PCAK bantu anak yatim

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) terus menyertai program untuk membantu asnaf. Kali ini PCAK turut serta dalam program di Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

Dalam program yang melihatkan anak yatim dan pelajar pondok itu, PCAK berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Sumbangan yang disampaikan itu diharapkan dapat membantu serba sedikit keperluan anak-anak yatim dan pelajar pondok berkenaan.

PCAK mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membolehkan NGO kebajikan itu dapat terus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton di talian 011-1941-3639 

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 

No comments:

Post a Comment