Sunday, 23 November 2025

BERAPA PENGIKUT SESUAI BUAT BEG KUNING TIKTOK

 
Menjadi perdebatan atau polimik di TikTok, khususnya melalui siaran langsung yang dihoskan oleh mereka yang berpengalaman atau mempunyai banyak pengikut di TikTok mengenai beg kuning.
 
Beg kuning TikTok merujuk kepada ikon beg kuning pada profil TikTok yang membolehkan pengguna membeli produk secara langsung melalui platform e-dagang TikTok Shop.
 
Ikon ini adalah ciri utama untuk peniaga yang menggunakan TikTok untuk menjual produk mereka dan membolehkan pelanggan membeli tanpa meninggalkan aplikasi. 
 
Pengguna boleh klik ikon tersebut untuk melihat dan membeli produk yang dipaparkan oleh penjual.
 
Peraturan semasa TikTok hanya membenarkan pemegang akaun yang mempunyai pengikut sekurang-kurang 1,000 sahaja yang dibenarkan membuat beg kuning atau memasukkan ikon beg kuning ketika siaran langsung atau video yang dihasilkan.
 
Individu yang membuat beg kuning dipanggil affiliate yang mempromosikan produk dihasilkan atau dijual oleh peniaga lain. Jadi, mereka tidak perlu memegang stok atau menguruskan penghantaran jika produk itu dibeli pengguna.
 
Sebaliknya, penghantaran akan dibuat oleh penjual. Mereka yang menjadi affiliate akan mendapat komisen mengikut peratusan yang ditetapkan bagi setiap barang yang laku atau terjual melalui beg kuning yang dipromosikan.
 
Banyak individu membuka akaun di TikTok adalah untuk menjana pendapatan, khususnya melalui beg kuning. Namun, ada pendapat mengatakan, untuk membuat beg kuning perlu terlebih dahulu mempunyai banyak pengikut yang mencecah puluhan ribu dan ada yang menanti ada pengikut ratusan ribu baru boleh buka beg kuning.
 
Alasan yang diberikan ialah apabila ada pengikut banyak, maka mudahlah untuk menjual nanti.
 
Manakala pendapat lain pula mengatakan boleh boleh terus membuka beg kuning apabila dibenarkan oleh TikTok iaitu mempunyai 1,000 pengikut. Kelompok yang berpendapat ini menganggap pembeli akan datang apabila melihat beg kuning itu, tidak kiralah di kalangan pengikut atau tidak.
 
Apa yang penting, video atau siaran langsung beg kuning itu menarik dan kerap dibuat sehingga mereka dikenali melalui beg kuning dan itu juga dikira sebagai penjenamaan diri dan cara untuk menambah pengikut biarpun mungkin pertambahannya agak perlahan. Apa yang penting mereka mampu menjadi pendapatan yang matlamat asal menyertai TikTok
 
Inilah yang menjadi punca pendebatan. Masing-masing ingin mempertahankan pendapat masing-masing dan berusaha untuk mempengaruhi orang lain mempercayai dan mengikutinya.
 
Hakikatnya, mana-mana cara atau kaedah mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Apa yang penting bagaimana cara untuk menggunakan kebaikan dan mengatasi kelemahan itu.
 
Mereka yang berjaya menjadi pendapatan lumayan di TikTok adalah mereka yang bijak merebut peluang. Bermula awal membuat beg kuning tanpa menunggu banyak pengikut dianggap langkah tepat untuk berjaya mendapat pendapatan lebih awal dan dapat menguasai cara dan kaedah tepat.
 
Apa guna ada banyak pengikut, sedangkan pendapatan tidak seberapa melalui hadiah semasa secara langsung tanpa beg kuning. Melainkan anda memang sekadar untuk menjadi popular dengan pengikut yang banyak, tanpa mengharapkan pendapatan melalui beg kuning.
 
Pilihan ada di tangan anda. Bijaklah membuat pilihan berdasarkan kehendak masing-masing.

No comments:

Post a Comment