Beg kuning TikTok merujuk kepada ikon beg kuning pada profil
TikTok yang membolehkan pengguna membeli produk secara langsung melalui
platform e-dagang TikTok Shop.
Ikon ini adalah ciri utama untuk peniaga yang menggunakan TikTok
untuk menjual produk mereka dan membolehkan pelanggan membeli tanpa
meninggalkan aplikasi.
Pengguna boleh klik ikon tersebut untuk melihat dan membeli
produk yang dipaparkan oleh penjual.
Peraturan semasa TikTok hanya membenarkan pemegang akaun yang
mempunyai pengikut sekurang-kurang 1,000 sahaja yang dibenarkan membuat beg
kuning atau memasukkan ikon beg kuning ketika siaran langsung atau video yang
dihasilkan.
Individu yang membuat beg kuning dipanggil affiliate yang
mempromosikan produk dihasilkan atau dijual oleh peniaga lain. Jadi, mereka
tidak perlu memegang stok atau menguruskan penghantaran jika produk itu dibeli
pengguna.
Sebaliknya, penghantaran akan dibuat oleh penjual. Mereka
yang menjadi affiliate akan mendapat komisen mengikut peratusan yang ditetapkan
bagi setiap barang yang laku atau terjual melalui beg kuning yang dipromosikan.
No comments:
Post a Comment