Nasi
dagang terkenal di Kelantan. Namun, tidak diketahui asal nama nasi dagang.
Adakah ia nasi yang mula diperkenalkan oleh pedagang yang datang berdagang di
Kelantan? Atau mugkinkah ia nasi yang dibawa oleh orang Kelantan untuk pergi
berdagang?
Biarpun
ada beberapa versi cerita atau kisah mengapa dinamakan nasi dagang, tiada fakta
sokongan untuk menguatkan kisah itu. Sebab itu sejarah nasi dagang tidak lagi releven untuk diceritakan.
Selain
di Kelantan, nasi dagang turut terkenal di Terengganu. Biarpun kedua-duanya menggunakan
nama nasi dagang, sebenarnya ia tidak sama.
Sebab
itu ada nama khas untuk membezakan antara kedua-duanya iaitu Nasi Dagang Kelantan
dan Nasi Dagang Terengganu.
Nasi
Dagang kelantan ini kebiasaannya berwarna merah atau keperang-perangan kerana
menggunakan beras khas yang hanya dijual di Kelantan sahaja.
Manakala
bagi lauknya pula, ia biasanya dimakan dengan gulai ikan aya atau gulai ayam
yang khusus untuk nasi dagang.
Gulai
ini biasanya dipanggil gulai kunyit lengkuas. Biasanya ia juga diletakkan
sehiris telur ayam rebus yang dibelah empat.
Selain
itu, istimewanya nasi dagang Kelantan ini kerana ia juga dimakan dengan sambal
kelapa.
Manakala
Nasi Dagang Terengganu secara kebiasaannya, diperbuat daripada campuran beras
biasa dan beras pulut dan dimasak bersama santan kelapa (dikukus).
Bagi
lauknya pula, Nasi Dagang Terengganu dihidangkan bersama kuah nasi dagang yang
dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa).
Ikan
yang digunakan biasanya ikan aya hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar.
Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi
dagang Kelantan
Nasi
dagang Terengganu
No comments:
Post a Comment