Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) merupakan
sejenis tumbuhan dari keluarga Myrtaceae yang tumbuh di kawasan tropika.
Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang
dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini
memang sedap dimakan. Buah yang masih muda rasanya kelat.
Biasanya, buah yang terhasil daripada pokok yang ditanam lebih manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar.
Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan
sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan
juga mencuci gigi.
Pokok kemunting boleh ditanam dengan menggunakan biji, secara
tut atau boleh gunakan keratan ranting. Buah yang masak mengandungi biji yang
mudah bercambah.
Pokok yang ditanam menggunakan biji akan berbuah selepas 3 tahun dtanam, berbanding dengan pokok yang ditanam dengan cara tut atau keratan yang akan berbuah dalam masa satu tahun sahaja.
Pokok yang ditanam menggunakan biji akan berbuah selepas 3 tahun dtanam, berbanding dengan pokok yang ditanam dengan cara tut atau keratan yang akan berbuah dalam masa satu tahun sahaja.
Batang kemunting
mampu mencapai tinggi dua meter. Kayunya sangat keras.
Pokok kemunting sesuai dijadikan tumbuhan hiasan. Bunganya yang berwarna merah muda dengan benang sari menawan, layak dijadikan tanaman di halaman rumah.
Buah
muda berwarna hijau ketika muda dan akan bertukar kepada warna ungu atau ungu tua
atau hitam apabila masak. Permukaan buah kemunting yang telah masak seperti berkabut.
Setelah bahagian kepalanya dibuang, maka kemunting siap dimakan bersama
kulit-kulitnya.
Isinya berwarna merah kuat dan rasanya manis. Buah kemunting masak
mengandungi air, gula, vitamin dan juga mineral. Isi buah seperti anggur, hanya terasa
lebih berserat. Bahagian daunnya mengandungi
bahan tanin yang tinggi yang berguna.
Dapatkan pokok kemunting

Mohon kongsi maklumat dalam YouTube channel saya - Ramli Abdullah
ReplyDelete