Thursday, 10 June 2021

KURUS DENGAN AMAL MINUM AIR ASAM GELUGUR


Air asam gelugor banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kuruskan badan atau kurangkan selera makan.

Ia juga untuk kecutkan rahim. Sesuai diminum oleh semua ibu.

Selain itu ia juga untuk turunkan darah tinggi.

Jika tiba-tiba sakit kepala pun boleh cuba minum air asam gelugor ni.

Ini cara yang perlu dilakukan:
- Setengah cawan air suam.
- 2 keping asam gelugur. Jika besar sekeping pun dah cukup.
 
Waktu minum :
- Setiap kali selepas makan nasi sahaja atau makan makanan berat
- Waktu lebih baik malam sebelum tidur.
- Minum 3 x seminggu cukuplah.
- Awas jangan minum banyak atau kerap risau darah turun terlalu rendah.

Ibu yang menyusukan anak tidak digalakkan minum. Ini kerana anak akan jadi kurus dan terbantut pembesaran sebab ia potong zat dari makanan ibu.

Kesannya :
- Biasanya akan membuang air besar 2 kali waktu pagi tapi tak cirit.

Selamat mencuba semoga kurus dengan sihat.

No comments:

Post a Comment