Saturday 12 June 2021

APA MAKSUD MAGERAN 1969

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan Peristiwa 13 Mei 1969. Akibat peristiwa tersebut, sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung.

Perisytiharan Darurat telah diwartakan dan berkuat kuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No. 2 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969-P.U.(A) 149.

MAGERAN diberi kuasa menjalankan urusan-urusan bermula daripada 16 Mei 1969 hingga 23 Februari 1971.

Tunku Abdul Rahman yang menduduki jawatan Perdana Menteri tidak terlibat secara langsung dalam MAGERAN. Timbalannya, Abdul Razak Hussein, dilantik sebagai Ketua Pengarah MAGERAN bersama empat menteri utama ketika itu.

Mereka yang dilantik sebagai ahli Mageran adalah seperti berikut:
- Menteri Dalam Negeri – Dr Ismail Abdul Rahman
- Menteri Kewangan – Tan Siew Sin
- Menteri Kerja Raya, Pos & Telekom – VT Sambanthan
- Menteri Penerangan & Penyiaran – Hamzah Abu Samah
- Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan kemudiannya Ketua Setiausaha Negara – Abdul Kadir Shamsuddin
- Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia – Osman Jiwa
- Ketua Polis Negara – Mohamed Salleh Ismael
- Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri – Muhammad Ghazali Shafie

Jabatan Perpaduan Negara di bawah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu. 

Semasa pentadbirannya, MAGERAN telah memperkenalkan prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini.

MAGERAN dibubarkan pada 23 Febuari 1971 dengan pemulihan Parlimen.

No comments:

Post a Comment