Saturday, 14 June 2025

PELIHARA IKAN KOI

 
Ikan koi merupakan ikan hiasan bernilai tinggi. Harganya mampu mencapai harga ratusan ringgit seekor. Ikan ini mendapat permintaan tinggi daripada peminatnya. Justeru, sesiapa melakukan usaha penternakan ikan koi secara komersial mampu menjana pendapatan lumayan.

Ikan koi termasuk dalam golongan ikan carp (karper). Harga ikan koi sebenarnya ditentukan berdasarkan bentuk badan dan kualiti paparan warna.
 
Ikan koi mula popular semasa pada zaman dinasti Chin tahun 265 dan 316 Masihi. Ini kerana ikan koi mempunyai keunikkannya yang tersendiri terutama  pada keindahan warna dan tingkah lakunya yang memikat peminat-peminat ikan koi seperti yang kita ketahui hingga sekarang.
 
Di Jepun pada 200 tahun yang lalu di pergunungan Niigata telah dilakukan usaha penternakan ikan koi oleh para petani Yamakoshi.
 
Popularitinya  yang dilakukan bertahun-tahun menghasilkan baka yang menjadi standard kadar koi.
 
Pengembangan pesat ikan koi telah menimbulkan  beberapa jenis golongan identiti dan kini telah tersebar ke seluruh dunia.
 
Koi datang dalam pelbagai warna dan corak yang berbeza, warna yang lebih biasa adalah putih, hitam, merah, kuning, biru, dan krim.
 
Ikan koi secara semulajadi hidup di air deras  dan memerlukan air jernih yang mempunyai kadar oksigen tinggi.
 
Pemeliharaan ikan koi yang terbaik adalah di dalam kolam terbuka yang terdapat makanan semula jadi dan sinar matahari yang mencukupi untuk merangsang pewarnaan tubuh.
 
Ikan koi yang bersaiz kecil boleh juga diletakkan di akuarium, walau bagaimanapun ini tidak boleh menjadi habitat kekal.
 
Air yang digunakan harus bebas klorin atau sudah ditapis dan hendaklah diendapkan 24 jam.
 
Ikan koi dalah sejenis spesis pemakan di dasar dan omnivora. Ikan ini akan memakan apa sahaja yang boleh dimakan, seperti pucuk daun atau memburu cacing di dasar sungai atau kolam.
 
Koi yang dipelihara di kolam tanah mempunyai kualiti warna yang lebih cantik dan menawan, berbanding dengan koi yang dipelihara di kolam simen.

No comments:

Post a Comment