Kura-kura matahari adalah spesies Heosemys spinosa. Nama
lain kura-kura ini ialah kura-kura berduri. Dinamakan kura-kura berduri kerana
sekeliling cengkerang ini ada "duri".
Sebenarnya keliling cengkerang kura-kura matahari hanya
berduri ketika umur muda. Apabila semakin membesar duri itu akan semakin rata
dan keliling cengkerangnya akan menjadi semakin tumpul.
Jadi, apabila semakin tua, cara untuk mengenalinya adalah
berpandukan ciri-ciri permukaan cengkerang, bentuk, warna dan juga kepala atau
lehernya.
Kura-kura ini ada spesies kura-kura tempatan dan amat
terancam ketika ini. Populasi kura-kura matahari di habitat semula jadi semakin
berkurangan, dan kini disenaraikan di dalam Daftar Merah IUCN.
Ukuran karapas kura-kura dewasa antara 17.5 hingga 22 centimeter.
Berat tubuhnya kira-kira antara 1.5 hingga 2 kilogram. Karapas berwarna coklat
dengan garis pucat ke bahagian tengah ‘keel’.
Kepala berwarna coklat kehitaman, dengan garis berwarna
merah di bahagian tepinya yang terlihat samar. Bahagian kakinya memiliki sisik
yang tebal berwarna kemerahan.
Kura-kura ini adalah haiwan semi-akuatik. Sering juga naik
ke daratan dan bersembunyi di bawah sisa-sisa tanaman atau rumpun rumput.
Habitatnya adalah sungai-sungai kecil dan dangkal yang terdapat di hutan hujan
tropika dataran rendah hingga ketinggian 900 meter dari paras laut.
Kura-kura matahari kini banyak dijadikan haiwan peliharaan
oleh peminatnya kerana keunikan warnanya. Untuk memeliharanya perlu kepada
lesen.
Kura-kura matahari adalah jenis herbivor yang memakan
buah-buahan dan tumbuhan. Bagaimanapun, kadangkala akan makan serangga. Kura-kura
betina mampu bertelur hingga tiga kali
dalam setahun. Dalam sekali bertelur menghasilkan dua atau tiga biji telur.
No comments:
Post a Comment