Semangat
perpaduan khususnya dalam kalangan umat Islam dapat dihayati apabila mereka
menjadikan Rasulullah SAW sebagai uswatun khasanah. Baginda juga menjadi
perlambangan perhubungan dengan orang bukan Islam.
Diriwayatkan,
seorang Yahudi tidak tahan melihat kesengsaraan anaknya yang nazak datang
bertemu Rasulullah SAW, sebagai pemimpin Madinah yang mempunyai rakyat
berbilang kaum.
Orang
Yahudi itu meminta Rasulullah SAW bertemu anaknya dan melihat keadaan anak itu,
Baginda berkata, “Engkau syahadahlah biar ringan sakitmu.”
Lelaki
itu terkejut, sementara anaknya memandang bapanya seolah-olah bertanya apakah
dia boleh bersyahadah?
Bapa
yang tidak tahan melihat keperitan anak dan menghormati Rasulullah SAW sebagai
tokoh dikagumi masyarakat menyuruh anaknya mematuhi Rasulullah SAW.
Anak
itu memeluk Islam dan meninggal dunia. Ini menunjukkan Rasulullah SAW dipercayai
orang bukan Islam kerana akhlak Baginda yang baik.
No comments:
Post a Comment