Sunday, 15 January 2023

MINYAK ZAITUN ALARD PALESTINIAN PREMIUM ORGANIC

  
Palestine, bumi yang diberkati adalah “tempat lahir” pokok zaitun di dunia. Tanah Palestine yang subur dan penuh barakah serta keadaan muka bumi bergunung ganang, keadaan cuaca yang sejuk dan panas yang melampau serta taburan hujan yang rendah akan menghasilkan buah zaitun yang bermutu tinggi.

Tanaman secara organik seperti yang dilakukan sejak lebih 5000 tahun lalu serta cara penjagaan pokok zaitun yang rapi menggunakan kaedah moden juga akan menghasilkan minyak zaitun organik yang berkualiti tinggi.
 
Alard adalah sebuah syarikat pengeluar dan pengeksport minyak zaitun terbesar di Palestine.
 
Syarikat Alard juga telah menerima anugerah Pengeksport Terbaik Palestine. Minyak Zaitun Premium Organic Extra Virgin Alard yang berkualiti tinggi ini adalah hasil penggunaan teknologi moden dan terkini.
 
Minyak Zaitun yang mengandungi khasiat antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi ini mempunyai pelbagai kelebihan tersendiri:
- Pembotolan secara “Nitrogen Injection Bottling” bagi mengekalkan kandungan khasiat antioksidan. Tanpa Nitrogen Injection Bottling, minyak zaitun tersebut akan terdedah kepada udara dan akan teroksida. Minyak zaitun yang teroksida akan memudaratkan kesihatan.
- Minyak zaitun awal musim terbaik
- Extra Virgin (Perahan Pertama) dan Cold Pressed.
- Daripada pilihan buah zaitun hijau yang terbaik dan diproses pada hari yang sama.
- Kandungan keasidan rendah
- Minyak daripada pokok zaitun asli jenis Nabali, Roomy dan Souri.
- Hasil dari ladang sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
- Buah daripada pokok zaitun tua melebihi 500 tahun mengandungi khasiat antioksidan, vitamin dan mineral yang tinggi.
- Diproses secara moden menggunakan teknologi terkini mengikut Standard dan Piawaian International Olive Council (IOC).

No comments:

Post a Comment