Thursday, 12 January 2023

MASJID QUDUS PUSAT PENGAJIAN PONDOK, TELONG

   
Pengguna jalan raya Melawi – Tok Bali pasti akan perasan atau terlihat sebuah masjid yang agak unik dan menarik apabila sampai di Pusat Pengajian Pondok, Kampung Kandis, Mukim Telong.
 
Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Qudus yang terletak di dalam kawasan Pusat Pengajian Pondok. Pusat Pengajian Pondok menyediakan sistem pendidikan pondok berasaskan kepada pendidikan tinggi dan pelajar yang tamat pengajian dianugerahkan diploma yang diiktiraf MQA.
 
Batu asas pembinaan Masjid Qudus telah disempurnakan oleh Al-Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra ibnu Sultan Yahya Petra pada 18 Mei 1982. Pembinaannya siapa pada penghujung 1984.
 
Masjid Qudus digunakan untuk tempat belajar sementara pelajar Pusat Pengajian Pondok yang ketika itu dinamakan Pondok Moden, solat berjemaah dan solat Jumaat.
 
Bentuk asal Masjid Qudus adalah berbentuk empat segi dengan reka bentuk yang sederhana. Bangunan yang tersergam indah sekarang ini adalah setelah ia dibuat ubah suai dan beberapa penambahan kepada bangunan tersebut. 

Masjid Qudus menjadi lambang kemegahan warga Pusat Pengajian Pondok serta seluruh penduduk Kampung Kadis sesuai dengan imej yang ditampilkan. 

No comments:

Post a Comment