Ada
fahaman yang mengatakan bahawa tidak boleh berdoa dalam keadaan ada perasaan
yang negatif dalam hati seperti takut, sedih dan risau.
Fahaman
itu bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadis.
Firman
Allah SWT bermaksud: "Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia
ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan
sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru. (Surah al-Isra', ayat
11)
Sebahagian
daripada mereka yang tidak memahami ayat di atas, menganggap inilah bukti tidak
boleh berdoa dalam keadaan negatif.
Kata
Imam Ibn Kathir: “Allah mengkhabarkan hamba-Nya tentang kelembutan-Nya kepada
hamba-hamba-Nya: ‘Dia tidak memakbulkan doa mereka apabila mereka mendoakan
keburukan ke atas diri mereka, harta-harta mereka atau anak-anak mereka dalam
keadaan mereka sedang marah.
Dia
mengetahui bahawa sebahagian daripada mereka tidak bermaksud dengan apa yang
mereka doakan. Oleh itu, tidak dimakbulkan doa keburukan tersebut.”
Berdasarkan
penjelasan Imam Ibn Kathir, dapat kita fahami bahawa ayat di atas sama sekali
tidak ada kaitan dengan berdoa dalam keadaan yang negatif seperti risau dan
takut.
Ayat
di atas adalah berkenaan sebilangan manusia yang mendoakan keburukan buat diri
dan juga sekeliling mereka.
No comments:
Post a Comment