Ada
pendapat menyatakan bahawa apabila kita berdoa, Allah SWT semestinya akan
memakbulkan doa tersebut jika tekniknya tepat.
Dalam
masa yang sama, ada mengatakan seorang hamba perlu bersangka baik doanya pasti
dimakbulkan Allah SWT.
Antara
dalil yang digunakan adalah firman Allah SWT bermaksud: “Dan Tuhan kamu
berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan
kamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)
Daripada
Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman: “Aku berada
pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.” (Hadis riwayat al-Bukhari, no. 7505)
Sabda
Nabi SAW bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin
bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak
akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi
alpa." (Hadis riwayat al-Tirmizi no. 3479)
Imam
al-Baghawi menjelaskan maksud (وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
dengan katanya: “Sembahlah aku dan tidak selainku, nescaya Aku akan
mengabulkan, memberikan ganjaran dan mengampunkan kamu semua. Apabila
dinyatakan ibadah itu dengan doa, datang ganjaran itu sebagai tanda
mustajabnya.
Jelas
sekali ia tidak bermaksud apa jua yang kita minta, secara pasti akan
dimakbulkan begitu sahaja oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment