Monday 25 February 2019

TUGAS DAN PERANAN MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN


Tugas dan peranan utama Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah sebagaimana yang diperundang dan diperuntukkan di bawah seksyen 5 (1) Enakmen Majlis agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.

Tugas dan peranan MAIK adalah iaitu membantu sepenuhnya Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan di mana hendaklah bertindak atas titah perintah Al-Sultan dalam semua perkara yang berkenaan agama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi Negeri Kelantan. Majlis adalah menjadi pihak berkuasa agama yang utama bagi Negeri Kelantan.

Dalam konteks tugas dan peranan utama seperti yang dinyatakan di atas tadi, di bawah Enakmen ini telah diperjelaskan secara terperinci bidang-bidang yang terletak di bawah skop dan bidangkuasa Majlis iaitu:-
- Sebagai Penguasa Wasiat, Pentadbiran Pusaka Orang Islam di negeri ini dan sebagai Pemegang Amanah bagi mana-mana amanah.
- Boleh menjalankan urusan kontrak ke atas harta alih dan harta tak alih yang terletak hak kepada Majlis mengikut syarat-syarat tertentu dan hukum syarak.
- Badan tertinggi berhubung fatwa rasmi bagi Negeri Kelantan.
- Pusat Pungutan Zakat dan urusan agihan kepada asnaf, Pentadbir Baitulmal dan Khairat.
- Pentadbir urusan Wakaf, Wasiat dan Nazar.
- Pemegang amanah kepada masjid-masjid, harta-harta masjid dan perlantikan Pegawai Masjid.
- Urusan saudara baru.
- Urusan tauliah dan mengajar agama.
- Urusan melihat anak bulan bagi penentuan puasa dan hari raya.
- Penguatkuasaan mengenai ajaran sesat, perbuatan keji dan lain-lain salahlaku yang berlawanan dengan hukum syarak.
- Pengurusan Pusat Anak Yatim, Rumah Kebajikan dan lain-lain salahlaku yang seumpama dengannya.
- Menubuh dan menyelenggara institusi-institusi latihan dan penyelidikan agama.

No comments:

Post a Comment