Monday 25 February 2019

SAMBAL BUAH CUPU


Pokok cupu kini semakin kurang ditemui. Dahulu, pokok cupu banyak tubuh di sekitar kampung, termasuk di laman rumah. Buah cupu juga dipanggil buah kecupu, buah mencupu dan beberapa nama lain. 

Buah cupu bewarna hijau tua semasa mudanya, berubah menjadi hijau muda bila beransur tua, sehingga menjadi kekuningan seperti warna pinang masak apabila ianya masak. Rasa masam-masam manis menjadikan ramai terpikat kepada buah kecupu. 

Buah cupu muda biasanya dijadikan bahan membuat sambal. Namanya sambal cupu. Untuk menyediakan sambal cupu cukup ringkas.

Buah cupu yang telah dibelah ditumbuk dengan ikan bakar atau ikan rebus dan kelapa parut. Masukkan juga sedikit garam dan cili padi. Tumbuk sehingga lumat, terutama buah cupu muda yang kulitnya agak liat.

Hidangan menu sambal buah cupu memang terkenal dimakan bersama dengan ulam dan nasi. Namun, disebabkan sukar mendapat buah cupu, ia semakin tidak dikenali golongan muda.

Jika sudah masak, buah cupu rasanya masam manis. Buah cupu mempunyai getah yang lekit, boleh melekatkan bibir atas dan bibir bawah kita, tetapi tidak sukar untuk dibuang.

No comments:

Post a Comment