Monday, 25 February 2019

ULAR TEDUNG LAWAN CERPELAI

Ular tedung antara jenis ular paling berbisa. Banyak mangsa pagutan ular tedung tidak dapat diselamatkan. Namun, terdapat sejenis haiwan tidak takut melawan ular tedung. Bahkan, dalam banyak pertarungan, ular tedung kalah menjadi mangsa.

Haiwan dimaksudkan ialah cerpelai atau mongoose dalam bahasa Inggeris. Cerpelai sejenis haiwan daripada jenis musang, Herpestes spp.

Cerpelai digambarkan haiwan sangat lincah dan licik. Kepantasan gerak tangan (kaki hadapan) membuatkan cerpelai mampu menewaskan ular tedung.

Kalau nak tengok gaya cerpelai beraksi melawan ular tedung sama seperti lagak kucing. Sebab itu ada dakwaan mengatakan kucing berasal daripada cerpelai yang telah melalui evolusi.

Cerpelai juga dikenali atau dipanggil bokbong dalam dialek Kelantan. Manakala di Kedah dipanggil bambun. Di Pulau Pinang pula dipanggil jebon.

Dalam filem Do Re Mi arahan P Ramlee ada satu babak mengejar jebon. Jebon dikatakan cepat menghilangkan diri dan pantas bertindak. 

No comments:

Post a Comment