Masa kecil dahulu sering ditakutkan agar
tidak melakukan sesuatu kalau tidak mahu dimakan oleh bokbong. Atau orang tua
akan panggil bokbong jika anaknya degil agar diambil oleh bokbong.
Dengan kata lain, haiwan atau hantu bernama
bakbong amat ditakuti kanak-kanak.
Masa bersekolah di Sekolah Kebangsaan Paya
Bemban (kini Sekolah Kebangsaan Seri Bemban), ada seorang kawan dipanggil
dengan Rosli Bakbong.
Panggilan itu kekal semasa di Sekolah Menengah Putera dan masih menjadi identiti untuk membezakan nama Rosli yang di kalangan kami ada beberapa kawan nama sama. Tidak diketahui mengapa dia digelar bokbong.

Secara jujur, penulis hanya pernah melihat
bokbong sekali seumur hidup. Itupun apabila binatang itu melintas di jalan
ketika dalam perjalanan ke sekolah.
Nama bokbong diberitahu oleh seorang rakan yang lebih tua. Pada masa itu penulis menganggapnya musang dan mungkin juga sebenarnya musang.
Nama bokbong diberitahu oleh seorang rakan yang lebih tua. Pada masa itu penulis menganggapnya musang dan mungkin juga sebenarnya musang.
Nama bokbong sebenarnya dialek Kelantan. Nama
di Kedah dipanggil bambun dan di Pulau Pinang pula dipanggil jebon.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Jadi, gelaran jebon yang digunakan oleh P Ramlee yang berasal dari Pulau Pinang dalam filem Do Re Mi memang tepat untuk menggambarkan sifat bokbong yang digambarkan oleh orang Kelantan.
Nama bokbong dalam Kamus Dewan dipanggil
cerpelai atau mongoose dalam bahasa Inggeris. Ia sejenis haiwan daripada jenis
musang, Herpestes spp.
Haiwan ini digambarkan haiwan sangat lincah
dan licik. Kepantasan gerak tangan (kaki hadapan) membuatkan ia mampu
menewaskan ular tedung.
Kalau nak tengok gaya cerpelai beraksi melawan ular tedung sama seperti lagak kucing. Sebab itu ada dakwaan mengatakan kucing berasal dari cerpelai yang telah melalui evolusi.
Kalau nak tengok gaya cerpelai beraksi melawan ular tedung sama seperti lagak kucing. Sebab itu ada dakwaan mengatakan kucing berasal dari cerpelai yang telah melalui evolusi.
Budak-budak sekarang tidak lagi ditakutkan dengan
bokbong yang dianggap hantu dan 'muga'. Ibu dan orang dewasa pun tidak lagi
menyebut mengenai bokbong.
No comments:
Post a Comment