Pasar karat boleh dikatakan wujud di
seluruh Malaysia. Pasar karat biasanya merujuk kepada pasar tempat menjual
barang antik atau barang terpakai. Namun, kebanyakan pasar karat tidak hanya
menghadkan kepada barangan antik sahaja. Barang keperluan harian dan buah-buhan
juga ada dijual di pasar karat.
Di Kota Bharu juga wujud atau operasi
pasar karat. Pasar Karat Kota Bharu ditubuhkan beberapa tahun lalu oleh
pencinta barang antik dan barang terpakai.
Namun, setakat ini belum ada lokasi
boleh dikatakan tapak kekal Pasar Karat Kota Bharu.
Pada suatu ketika Pasar Karat Kota
Bharu beroperasi di Jalan Hilir Kota berhampiran dengan Kampung Kraftangan.
Kemudian berpindah pula di ruang di antara Pasar Siti Khadijah dan Bazar Buluh
Kubu.
Pernah juga Pasar Karat Kota Bharu
berada di Tambatan Diraja atau kini dikenali Menara Tinjau.
Kini, Pasar Karat Kota Bharu beroperasi
di kawsan tempat letak kereta bangunan MARA Kelantan berdekatan dengan Kompleks
Mahkamah Kota Bharu dan Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu.
Perubahan itu tempat itu dikatakan ada
kaitan dengan mencari lokasi strategik yang dapat menarik kehadiran ramai pembeli.
Tidak pasti berapa lama lokasi ini dapat bertahan.
Pasar Karat Kota Bharu kini beroperasi
setiap malam dari pukul 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam.
No comments:
Post a Comment